KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Rasulullah telah bersabda bahawa,
malaikat Jibril, Israfil, Izrail, dan Mikail a.s tlah berkata kepadaku...

Berkata Jibril a.s
" wahai Rasulullah barangsiapa yang berselawat ke atasmu sebanyak sepuluh kali setiap hari, maka akan saya bimbing tangan dia dan akan saya bawa dia melintasi titian sepantas kilat"

Berkata Mikail a.s
" sesiapa yang berselawat ke atasmu akan aku beri dia minum air dari telagamu"

Berkata pula Israfil a.s
"Mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku sujud kepada Allah swt dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampunkan dosa orang tersebut"

Berkata Izrail a.s
" Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi"

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w
Para malaikat memberi jaminan masing-masing kepada orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

Dengan kisah yang dikemukakan ini, saya harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita s.a.w,
mudah-mudahan kita menjadi orang-0rang yang disayangi Allah, Rasul, dan para Malaikat...

0 comments: