10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI KE AKHIRAT
Mungkin ramai yang dah tahu tentang ni, saya sekadar nak berkongsi ilmu yang saya dapat dari website yg lain. Semoga ia menjadi amlan kita bersama dalam memudahkan kita mengharungi laluan ini. Persoalannya: Bagaimana memudahkannya?
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan
Wallahu'alam..
4:14 AM | | 0 Comments
9 MIMPI RASULULLAH SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" | |
3:50 AM | | 0 Comments
KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW
Rasulullah telah bersabda bahawa,
malaikat Jibril, Israfil, Izrail, dan Mikail a.s tlah berkata kepadaku...
Berkata Jibril a.s
" wahai Rasulullah barangsiapa yang berselawat ke atasmu sebanyak sepuluh kali setiap hari, maka akan saya bimbing tangan dia dan akan saya bawa dia melintasi titian sepantas kilat"
Berkata Mikail a.s
" sesiapa yang berselawat ke atasmu akan aku beri dia minum air dari telagamu"
Berkata pula Israfil a.s
"Mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku sujud kepada Allah swt dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampunkan dosa orang tersebut"
Berkata Izrail a.s
" Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi"
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w
Para malaikat memberi jaminan masing-masing kepada orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
Dengan kisah yang dikemukakan ini, saya harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita s.a.w,
mudah-mudahan kita menjadi orang-0rang yang disayangi Allah, Rasul, dan para Malaikat...
12:41 AM | | 0 Comments